loading...

VIDEO & GAMBAR : Serangan Pengganas di ISNTANBUL TURKI Buat Kali Ke 2



ISTANBUL 29 Jun - "Letupan sangat kuat. Kepingan siling berguguran. Keadaan sangat kelam-kabut, anda seolah-olah tidak tahu apa sedang berlaku." 

Demikian cerita saksi, Ali Tekin yang menyaksikan kejadian serangan pengganas di Lapangan Terbang Ataturk di sini kira-kira pukul 9.50 malam waktu tempatan.

Dia yang berada di balai ketibaan ketika kejadian berlaku memberitahu, kerosakan sangat besar.

Seorang wanita dikenali Duygu pula memberitahu, ketika kejadian dia berada di pusat kawalan passport selepas tiba dari Jerman.



"Saya dan penumpang lain terus meniarap di lantai sebaik dengar letupan. Selepas itu semua orang berlari menyelamatkan diri. Kawasan sekeliling penuh dengan darah dan serpihan anggota badan. Saya melihat lubang tembakan peluru di pintu masuk," katanya ketika ditemui di luar lapangan terbang.

Saksi-saksi lain pula memberitahu mereka mendengar bunyi tembakan sebelum letupan berlaku.


Dalam pada itu, jumlah korban serangan tersebut meningkat kepada 36 orang, manakala lebih 150 orang lagi cedera.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kebanyakan mangsa yang maut adalah warganegara Turki dan beberapa warganegara asing.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam waktu tempatan itu, tiga pengganas menyerbu balai ketibaan utama lapangan terbang antarabangsa ketiga sibuk di Eropah itu.


Salah seorang daripada lelaki itu dilaporkan melepaskan tembakan rambang memaksa orang ramai berlari dan meniarap menyelamatkan diri sebelum ketiga-tiga meletupkan diri sendiri sama ada di balai ketibaan tersebut atau di aras bawah lapangan terbang berkenaan. - REUTERS