loading...

Komen Pedas Isteri Faizz Nur Selepas Dituduh Beli Beg 12k Guna Duit Anak Yatim

Senarai Dakwaan Terhadap Faizz Nur
-Menaburkan janji manis untuk menjaga dua anak perempuan arwah abangnya namun gagal berbuat demikian.
-Mendakwa RM300,000 hasil derma kilat kemalangan arwah abangnya adalah miliknya sebab wang itu masuk ke akaun bank atas namanya.
-RM300,000 derma tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan persekolahan dua anak perempuan abangnya namun Faizz didakwa mengggunakan wang itu untuk kepentingan diri sendiri atau kemewahan sendiri.
-Faizz Nur juga telah menyerahkan hak jagaan 2 anak perempuan abangnya kepada kakaknya Yusnida sehingga kini. Sepatutnya Faizz Nur yang diamanahkan untuk menjaga kedua beradik tersebut.
-Yusnida mendakwa hanya RM12,000 disalurkan kepada 2 anak ini namun selebihnya daripada RM300,000 digunakan oleh Faizz.
-Untuk info terkini, selepas 3 Minggu kemalangan maut melibatkan arwah abangnya pada Mei 2015 lalu. Faizz Nur kini sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Namun timbul persoalan apabila Faizz Nur dalam bulan yang sama arwah abangnya meninggal telah melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran dan mewah. Difahamkan, hanya 3 minggu sahaja Faizz Nur mampu membuat persiapan kahwin dengan cepat.
Timbul dakwaan dikalangan netizen adakah Faizz Nur menggunakan sebahagian wang derma RM300K untuk majlis perkahwinnya.







Sidang Media Yusnida Dakwa Faizz Nur Songlap RM300K & Insuran 50K
Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.

Tambah Yusnida lagi, dia menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang. Selain itu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga. Menurut Yusnida, dua anak saudara dalam jagaannya hanya menerima RM12,000 sahaja sedangkan jumlah sumbangan orang ramai dianggarkan kira-kira RM300,000.
Tuntutan Yusnida Terhadap Faizz Nur:

Faizz Nur telah pecah amanah kerana tidak menjaga kedua beradik itu seperti yang dijanjikan. Wang derma kilat RM300,000 sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan dua beradik tersebut tapi telah disalah gunakan.

Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringgit tidak dihantar untuk anak-anak ini. Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun- luah Yusnid.


Malah, Faizz Nur turut dikatakan mampu membuka sebuah kafe penghujung tahun lepas di Batu Muda dekat ibu negara sehingga mencetuskan persoalan, daripada mana dia dapat duit banyak untuk mula berniaga!




Isu timbul apabila seorang kakak kepada arwah, Yusnida Hussain mendakwa bahawa wang sumbangan didepositkan orang awam ke dalam akaun adiknya itu, tidak diagih sepenuhnya untuk tujuan perbelanjaan dan kebajikan anak-anak mangsa.

Bagaimanapun, Faiz dan isterinya mendakwa bahawa, berdasarkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, wang tersebut adalah milik dan hak mereka sepenuhnya kerana ia didepositkan ke dalam akaun mereka sendiri, bukannya atas nama akaun anak-anak tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, laman Facebook Faizz Nur, dia kini sudah memadam dan menyekat komen-komen pengguna Facebook yang meninggalkan komen kritikan menerusi laman sosialnya.

Apa-apa pun ini hanyalah pandangan netizen, boleh jadi pasangan ini mungkin benar-benar menggunakan wang simpanan titik peluh sendiri untuk ‘sakan’ membeli-belah dan berbelanja mewah.